Thursday, September 28, 2017

WANG TIDAK DITUNTUT (BWTD)

WANG TIDAK DITUNTUT (BWTD)

Cerita semalam...

Pagi-pagi lagi Kak Ija dan suami dah bangun awal, sebab banyak destinasi persinggahan kitaorg. Salah satu nya nak singgah ke MENARA MAYBANK nak check Wang tidak dituntut..... mana tahukan ada rezeki tersorok kan...

Sampai sana dalam pukul 9pgi. Kak ija gerak awal kul 8pg, tpi biasa le hari bekerja KL kan sibuk..... dengan jem nya lah..... jadi Kak ija sampai sana pukul 9 lebih.

Menara Maybank Kuala lumpur


Sampai je sana..... orang x ramai macam yg mula2 viral tu..... berbaris ramai orang kan..... ni datang-datang dah boleh daftar nama dan ambik no. Dapat le Kak ija no 136, mana kala suami no 137. Masa ambik no, pegawai dah bagi tau siap-siap TIDAK DIBENARKAN BAWA ANAK NAIK ATAS (TINGKAT 42) KENA GILIR-GILIR NAIK YE. kalau rasa x ada sapa2 nak jaga anak tak yah le bawa g sana ye. Kang siapa nak jaga anak korang tu. Takkan nak tinggal diaorg kat bawah kan... kang duit tak ada.... korang kehilangan anak ....siapa nak bertanggung jawabkan!

Datang awal ye.... sebab pembahagian no terhad.... mungkin dalam 200-250 no je sesi pagi tu....abis... kena lah dtg belah petang kan.


Orang x ramai pun.... 

NO kami dapat



Dah dapat no giliran.... dalam pukul 10pagi, no akan dipanggil. 1-50 no boleh naik dulu... sebelum masuk kena imbas badan untuk sesi keselamatan... supaya tak ada benda2 bahaya dibawa masuk. Tak boleh naik ramai2..... sebab ruangan tingkat 42 tu bukan besor mana pun.. jadi diaorg anggarkan sikit2 naik dulu.. sampai le giliran no seterusnya.

Kak ija naik dulu... br le suami kak ija dia kena jaga sitecik kat bawah.

Bila sampai giliran no akak... kak ija dpt kaunter satu. Bg ic diaorg mula check.... x ada rezeki kak ija dan suami...x ada pun wang yg tersorok dalam akaun... hehehee. Tpi tak pe.sekurangnya kami cuba nasibkan.






Yang nak g check WANG TIDAK DITUNTUT BOLEH KLIK SINI Lokasi Wang tidak dituntut
Boleh tgk alamat yg berdekatan tempat tinggal korang!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...