Friday, September 22, 2017

KUAH LAKSA IKAN TONGKOL

KUAH LAKSA IKAN TONGKOL

Lama tak masak laksa. Anak2 pun asyik tertanya-tanya bila mama nak buat laksa. Kecian pulak kan bila diaorg asyik tanya je. jadi hari rabu hari tu.... tercipta lah laksa kak ija khas untuk anak2.

Kak ija ni bkn apa... laksa memang pebret akak ija. Kalau dpt masak laksa... kak ija x kan makan nasi dah..  selagi tak abis laksa tu ... tu jela yg Kak Ija hadap.




kuah laksa ikan tongkol

round ke 4... makan selagi tak abis
Makan laksa laju jekan... masa nak proses nak masak laksa tu ambik masa kan. lagi2 bab nak asingkan tulang dengan isi ikan tu... leceh. tu sebab kak ija suka guna ikan tongkol je, ikan tongkol isi banyak tulang dia sikit. proses dia jadi cepat. kuah laksa pun pekat.

BAHAN-BAHAN NAK BUAT KUAH LAKSA
- Ikan tongkol 2 ekor size biasa
- 30biji cili kerin, buang biji.. rebus siap supaya senang ko nak blender
- 7 biji bawang besor- byk bawang kuah akan jadi manis dan akan menyebabkan kuah tu kelihatan pekat
- sedikit belacan
- 2 batang bunga kantan
- daun kesum 3 ikat
- 10-12 keping asam keping
- garam
- ajinomoto ( laksa sedap letak aji)

cara penyediaan:-
1. blender cili kering dengan belacan
2. blender bawang tadi
3. belah 2 bunga kantan
4. leraikan daun kesum dari batang
5. blender isi ikan dan air
6. blender tulang dan air.... tapis dan ambik air ikan blender tadi

semua bahan2 tadi masukkan dalam satu periuk .... sedia untuk dimasak. pandai2 lah agak garam dia ye...

laksa kak ija suka guna laksa segere, proses penyediaan dia kejap. masak air.. nampak mendidih masukkan laksa yg dah di cuci tadi, kacau jap angkat dan buang air dia, tak nak bg laksa tu melekat letak le 2 ketoinasam keping tadi semasa merebus!

laksa tadi sebelum rebus, seeloknya cuci dahulu. kalau x cuci laksa tu berminyak... jadi sebaiknya cuci sblm masak.



Kak ija blh campurkan dengan ulam kesukaan kak ija... macam petai.... jering


Laksa jering


Laksa Petai


Makan macam ni pun dah puas kan...

Anak kak ija sekali hadap 3 mangkuk... sepeket dia sorang je tau. Nampak tak? Kalau beli kat luar x puas nak makan... masak sendiri....  bermangkuk2 ko boleh makan😂

Hihihi

Sapa2 nak Share resepi ni...silakan... kak ija halkan ☺













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...