Monday, September 25, 2017

GELANG PENINGGALAN ARWAH MAK PATAH!

Cerita sedih berlaku semalam

Tak Pasal- pasal air mata ni mengalir laju.... menyebabkan malam tadi Kak ija tak lena tido duk fikir macam-masam pasal gelang tu. Bangun je pagi tadi mata ni bengkak.

Cerita ni macam ni.....

Semalam Kak ija g kedai Emas kat Bukit Putra Sungai Buloh, sebab nak cari kedai yg boleh repair Cangkuk Gelang Emas arwah mak.... masuk 3 Kedai.... masing2 tak ada yg repair cangkuk ni 😕😕😕

Cangkuk ni yang dah patah

Gelang peninggalan arwah mak 

Gelang yg patah dua tu


Masuk kedai Ke 4, masa tu dah kat TTDi dah..... Kak ija tanya le pekerja emas tu... gelang ni boleh repair tak cangkuk dia....dia pun tanya member dia......pekerja lagi sorang. Pekerja tu lelaki.

Tah mcm mana... pekerja tu datang jumpa kak ija... siap mintak maaf, bg tau gelang tu terpatah dua. Tak pasal2 le air mata ni mengalir. Sedih teramat. Dia cakp nak patri boleh je kak..... tpi gelang ni dah lama.... nanti akan reput dan patah jugak.

Pekerja tu cakp.... kalau nak jual dia ambik dalam seribu lebih. Kak ija pun plan nak tolak gelang emas kak ija lagi satu tu..... sebabnya gelang kak ija tu pun dah lama.... nanti tak pasal2 lak terputus tanpa disedari. Nanti boleh le beli gelang besor sikit kan.


Masa tgh pilih2 tu.. kak ija klik2 le gambo anto kat kembo akak....gelang yg patah tu. Tpi dia x perasan gambo gelang tu patah... dia call...  tak yah le jual.. g cari kedai... kot2 ada yg ambik mahal ke!

Kak ija pun cakp ngan pekerja tu x jadi le jual. Cian lak pekrja tu...dah le abiskan masa dia setengah jam layan kak ija... lastnya kak ija x jadi jual.

Semalam kami g balik Kedai emas kat sungai buloh... masing2 nak ambik rega murah.. bawah rm800. Kak ija terkejut... biar betul murah! Trs cancel jual lah. Abis 3 kedai kak ija masuk... ada yg nak ambik RM700 pun ada. Lepas tu kak ija g Giant Kota Damansara, kat sana ada 1 kedai emas yg jual beli emas ni.. tu lagi le murah dia nak ambik RM450 je.

Sedihnya.... jadi kak ija pun blik umah. Tu yg malam tu Kak ija nangis.... kejap2 memikir...

Tadi pagi..... kul 10pgi kak Ija pergi semula kedai emas merchant9 tu, sampai sana pkl 10.32pgi... tgk kat pintu closed... ingat tak buka.. rupanya dah buka. Diaorg pun senyum tgk muka akak. Hehehe

Kak ija masuk je kedai Emas dia... trs kak ija ckp confirm nak jual. Nak ambik gelang semalam tu.  kak ika tolak gelang arwah emak, dan satu gelang kak ija. Tolak dua tu dpt le yg ni. Gelang dan cincin 😃

Ni tukar ganti gelang arwah emak

Ni kak ija nak pesan... kalau nak jual emas jgn terburu2. Memang le emas susut 25-30%... tpi masih lagi ada kedai yg tawarkan harga tinggi untuk kita.

Kak ija semalam... 5 kedai kak ija masuk... jadi kat situ boleh tau... kedai mana yg tawarkan harga menarik!









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...