Saturday, October 10, 2015

Topeng muka jerebu hasil tanganku

Assalamualaikum dan selamat petang
lamanya tak buat coretan kat sinikan, terasa rindu sesangat.

Hari ni ija nak cerita ngan korang... cara ija tambah income tambahan masa jerebu hari tu. Tak sangka buat topeng muka jerebu saja2 untuk anak... tpi dapat sambutan luar biasa.

Masa ni lah ija fikirkan tak salah sekiranya ija menambah income dengan menjahit topeng muka jerebu, dan jualkan kepada mereka yg berminat. Harga pun ija jual x mahal. Boleh le tahan... dan ramai yg mampu beli untuk mereka mahupun utk anak2 tersayang! Dalam masa yg sama ija dapat membantu mereka dari menghidu udara yg tercemar ....

Memang best tau..
sambutan yg luar biasa.... sampaikan ija x menang tangan nak siapkan 60pcs dalam satu hari. Mengeletar masa tu nak ambil order, takut tak mampu siapkan dalam sehari.

Alhamdulillah... dapat suami dan anak2 yg suka membantu. Mereka tolong permudahkan kerja ija. Akhirnya siap gak

Minggu pertama ija jual dalam 30 pcs topeng muka, minggu kedua 45pcs dan minggu ke tiga 60pcs. Alhamdulillah.... rezeki family ija. Ni bukan bermakna ija suka jerebu. Cuma ija manfaat kan dengan mencari rezeki yg halal.



Kami anak beranak dah bersedia dengan topeng muka jerebu.... masa ni bersiap nak keluar nak cari kain. Pagi2 bertubi2 mesej masuk dalam whatsApp mama nak order topeng jerebu ni. Kain lak dh tak ada. Mujur le masa tu Jakel Offerkan. Apa lagi jom kita g Jakel KL.




Sebahagian yg dah siap....
tapi la ni dah habis pun terjual. Sesiapa nak order baru ija buat lain. Ada gak yg ckp mcm kotang (bra) le... ija x kisah. Janji mask yg ija buat ni selesa dipakai.

Sesiapa berminat ... boleh je order topeng muka jerebu ni ngan ija. Saiz biasa ye. Anda dan anak2 anda boleh pakai!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...