Thursday, November 13, 2014

PENYEBAB SEBENAR PENGUMPULAN LEMAK DI PERUT



Semakin umur meningkat,pengumpulan lemak di perut semakin menebal, seperti tidak mampu dielakkan lagi oleh kebanyakan kita. Umum juga mengetahui, pengumpulan lemak ini berkait rapat dengan proses metabolisma badan yang semakin berkurangan. Namun begitu, banyak lagi sebab lain yang menjadi punca kepada pengumpulan lemak di badan, terutamanya di bahagian perut dan pinggang.

Mari kita amati apakah penyebab sebenar atau penyebab asas bagi pengumpulan lemak di bahagian perut, di antaranya ialah:

1. Makan tidak sesuai dengan bentuk badan

Bentuk badan berlainan memerlukan jenis atau rancangan pemakanan yang berbeza. Oleh itu, sesuaikan jenis makanan yang diambil dengan keadaan dan bentuk badan masing-masing (seperti gemuk, kurus, badan orang tua, badan orang muda, dsb.)

2. Pengambilan protein yang salah

Protein berkualiti atau protein berlebihan boleh menghalang keupayaan hati menyimpan lemak. Dengan itu, lebih banyak lemak akan berkumpul di bawah kulit badan.

3.Senaman yang salah dengan jenis badan

Senaman lasak dan banyak mengeluarkan peluh boleh membakar lemak. Badan pula hanya boleh membakar lemak apabila hormon dirangsang dengan betul.

4. Pengambilan enzim yang kurang daripada makanan

Makanan yang dimasak, diproses, dibasmi kuman (pasteur), dihaluskan (dimurnikan), dan dipanggang menghalang pengambilan enzim daripada makanan tersebut, termasuk enzim pembakar lemak.

5. Pola senaman yang salah

Senaman yang optimum dapat ditentukan dengan mengukur tempoh aktiviti dan pemulihan seseorang itu. Ia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

6. Penyimpanan bendalir tersembunyi

Kandungan garam (sodium) yang tersembunyi dalam MSG (perisa tiruan) sebagai kanji makanan yang diubahsuai dan pemanis tiruan boleh mempenagruhi pertambahan berat bendalir dalam badan.

7. Latihan berlebihan

Perlu diingat bahawa pembakaran lemak hanya berlaku 24-48 jam selepas melakukan senaman/latihan fizikal, iaitu semasa rehat dan bukannya semasa melakukan latihan/senaman tersebut. Oleh itu, tidak perlulah melakukan latihan/senaman yang berlebih-lebihan sehingga memudaratkan badan.

8. Halangan kelenjar berfungsi

Alkohol, ubat-ubatan, bahan kimia, dan gula tiruan/buatan dalam makanan boleh menghalang kelenjar dan organ berfungsi dengan baik.

9. Makanan rendah potassium

Potassium membantu menghalang penyimpanan lemak. Oleh itu, pengambilan potassium yang rendah daripada diet akan menyebabkan penyimpanan dan pengumpulan lemak yang banyak.

10. Gula tersembunyi

Gula merangsang pengeluaran insulin dan kehadiran insulin pula menghalang pengeluaran hormon pembakaran lemak. Ini menyebabkan banyak lemak terkumpul di bawah kulit.

11. Stres yang tinggi bersamaan dengan pengeluaran hormon kortisol yang tinggi

Terlalu stres akan menyebabkan terhasilnya kandungan hormon kortisol yang tinggi juga, yang mana ini akan menghalang hormon pembakaran lemak berfungsi, yang akhirnya akan menyebabkan banyak lemak terkumpul.

12. Tidak cukup tidur dan tidur tak berkualiti

Pembakaran lemak berlaku semasa tidur nyenyak, bukannya pada waktu siang ahri. Oleh itu, tidur yang cukup (lebih kurang 7 jam) dan nyenyak (berkualiti) sangat penting bagi membolehkan badan membakar lemak-lemak yang tidak dikehendaki.

13. Gangguan persekitaran ke atas sistem endokrina

Gangguan dari persekitaran ke atas sistem endokrina dan seterusnya kecekapan pengeluaran hormon boleh menghalang hormon-hormon berfungsi dengan baik, termasuklah hormon bagi pembakaran lemak.

14. Kelaparan atau mengidam makanan

Makanan yang mengandungi nutrien yang tinggi akan menghentikan rasa lapar dan mengidam makanan yang amat sangat. Jika dibiarkan perut lapar, ia akan merangsang pengeluaran kortisol yang memberi kesan seperti dinyatakan di atas.

15. Silap tujuan makan untuk mengurangkan pengambilan kalori (berat badan) bukan untuk kesihatan

Tujuan makan hendaklah dibetulkan supaya makan untuk sihat dan secara tidak langsung menurunkan berat badan, bukannya makan untuk turunkan berat supaya sihat. Tidak semua orang yang berjaya turunkan berat badan itu sihat, sebaliknya orang yang sihat sudah tentulah berat badannya tidak berlebihan atau obes.

Setelah mengetahui penyebab-penyebab sebenar bagi pengumpulan lemak di perut, bolehlah kita bertindak untuk menghindari faktor penyebab ini. Azam yang bersungguh-sungguh dan dilakukan secara konsisten amat perlu bagi mendapatkan hasil yang diidamkan.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan pengumpulan lemak?

Secara amnya, langkah-langkah berikut adalah dicadangkan oleh kebanyakan pakar pemakanan:

1. Pengambilan pil diet dan perangsang pembakaran lemak (perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu).
2. Kurangkan pengambilan kalori dalam diet - pilih makanan berkalori rendah.
3. Lebihkan senaman.
4. Amalkan pemakanan seimbang dan sederhana banyaknya.
5. Kurangkan selera makan - kurangkan makanan pembuka selera, minum air dan makan buah-buahan sebelum makan nasi.
6. Banyakkan minum air - sekurang-kurang 8 gelas air sehari dan diet sayuran/buah-buahan yang banyak mengandungi air.
7. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...