Sunday, November 16, 2014

ASID FOLIK (B COMPLEX);MENGAPA IA DIPERLUKAN?????



Apakah asid folik?

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan? 
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.


Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.




"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)


Sebarang pertanyaan..... order, boleh hubungi:-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...