Thursday, October 9, 2014

RAWATAN PESAKIT DEMAM SAWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang sudi singgah ke blog ija yang tak seberapa ni.... Alhamdulilah syukur pagi ni kita masih lagi bernafas untuk meneruskan misi kita untuk hari ni.

Hari ni,ija nak kongsikan dengan korang entri berkaitan dengan PENYAKIT DEMAM SAWAN yang kerap terjadi pada bayi mahupun kanak-kanak. Perkara ni dah terjadi dekat anak ija, seboleh-bolehnya ija tak mahu ibu-ibu kat luar sana pun alaminya...........

PENYAKIT DEMAM SAWAN

Ia adalah serangan sawan yang dicetus oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 6 tahun


Apa itu sawan?

Sawan adalah keadaan dimana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya di ikuti oleh kekejangan atau penyentakkan kaki dan tangan.

Tanda kekejangan atau penyentakkan kaki dan tangan

Tanda-tanda serangan sawan 

- kekejangan otak
- Mata terbeliak
- Mulut berbuih
- Kancing gigi
- Menggigil
- Tidak sedarkan diri


Sebab-sebab sawan demam

Demam terlalu tinggi, kebanyakkan berpunca daripada :

- Jangkitan bahagian salur pernafasan seperti batuk, selsema atau jangkitan virus
- Atau jangkitan telinga ( penyakit otitis media) dan lain-lain


Bagaimana anda mengenali demam sawan?

- Badan terasa panas

- Tangan dan kaki tegang dan mungkin tersentak-sentak tanpa rangsangan

- Mungkin terjatuh

- Mulut berbuih

- Terbuang air kecil

- Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjagaia kelihatan bingung seketika, kemudian kembali aktif


Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan? 


- anda harus bertenang

- Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.

- Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan

-Jangan sesekali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut

- Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, mengoncangkan atau mengurut badannya

- Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur ( suppository diazepam )

- Sekiranya serangan sawan berpanjangan melebihi 5 minit, bawa anak anda ke klinik dengan segera.


Adakah ia sama dengan epilepsy ( Gila Babi )

TIDAK. Epilepsi ialah sawan tanpa demam atau peringkat dewasa.

Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi?

99% pesakit demam sawan tidak mengalami epillepsi.


Adakah demam sawan menyebabkan kerosakkan otak kekal?

Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan dan berterusan boleh mendapat kerosakkan otak kekal.


Adakah ia berulang?

YA. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurangan apabila melebihi umur 3 tahun.

Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam?

1) Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu





2) Buka pakaian untuk turunkan suhu badannya. Pakaikan baju yang nipis sahaja. Pasangkan kipas untuk rendahkan suhu bilik dan untuk peredaran udara yang baik.

3) Lakukan mandi berjelum dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh ( terutama di celah-celah ketiak atau kelengkang peha ) untuk menurunkan suhu badan. Elakkan penggunaan ketulan ais ( ais batu)





4) Beri minum air yang secukupnya

5) Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betul dan sekiranya anak anda boleh makan ubat demam, anda boleh berikan supositori paracetamol setiap 4-6 jam sekali.


            i. Umur < 1 tahun 5ml (120mg) / 1 sup


            ii.1 - 3 tahun 10ml ( 120mg) / 2 sup



           iii. Umur > 4 tahun 15ml ( 360mg)3 sup


** Sekiranya anak anda masih kelihata tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antibiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit sawan.



Antara produk Shaklee yang anda boleh gunakan untuk merawat demam/jangkitan dan meningkatkan imuniti:

Nutiferon – 
Penggalak interferon semulajadi untuk membantu
meningkatkan imuniti melawan penyakit



Vitamin C – 
Meningkatkan imuniti



Basic H – 
Setitik dalam air, membantu menurunkan suhu badan


Performance Drink – 
Membantu menghidrat badan dan menstabilkan garam dan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi.




Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakita yang lain seperti radang selaput otak ( menigitis) contoh: Japanese B Encephalitis ( JE ). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor.

Sekian Coretan Ija untuk pagi ni, ija harapkan info ini berguna untuk anda dan untuk ibu-ibu bila hadapi situasi begini. Sememangnya kita sebagai ibu akan kalut bila pertama kali berhadapan perkara sebegini. Apa yang penting kita kena bertenang, ambil langkah yg perlu untuk tangani masalah ni.....


sekiranya ada sebarang pertanyaan, atau ada info-info berkaitan penyakit demam sawan ni boleh lah dikongsikan disini........

wasalam


Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.




"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)


Sebarang pertanyaan, pengambilan.... order hubungi;-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...